Thursday, January 19, 2012

Minggu terakhir..lepas nie lega sikit...(untuk 1 bulan)

Minggu nie minggu akhir students exam ..lepas tu cuti early march masuk balik...so ada sebulan lebih untuk membetulkan bearing and allignment aku yg hampir "out" dek ombak kontrovesi ..aka ombak rindu...Alhamdulillah semua dah reda.

Semester depan ada seorang senior lecturer tu offer nak tolong ajar aku buat research dan suruh aku present kat conference...alhamdulillah ada jugak org nak bagi laluan untuk belajar. Thanks Rose. Our research still remain rahsia...nanti kalau abstract dah accept baru boleh citer.

Kesihatan
Aisyah
Deman dan baik..deman nak merangkak tu..tapi batuk pulak belum baik..dah 2 kali ambik ubat..Dr. kata paru-paru dia clear...cuma dia tak pandai nak buang kahak sendiri.

Adam
Dah masuk 5 tahun nie lagi banyak akai...manja bukan main...cakap pun lagi banyak.

Hakim
Masih perlukan pengawasan rapi untuk ulangkaji pelajaran dia....semalam dalam aku kesakitan dengar hubby mengamuk dengan dia....bersabar jer la...

Saturday, January 14, 2012

Kini kembali....

Selepas 5 bulan tak langsung menjenguk ke digital diari ku ini....akhirnya lepas sudah satu lagi fasa "P & P" aku....alhamdulillah semua tanggungjawap terhadap anak didik sudah selasai untuk semester ini. Kini aku kembali mencuri masa menulis dan berkongsi.

Minggu nie Aisyah dah masuk 7 bulan..deman +selsema + batuk...kejap saja anak dah masuk 7 bulan...cepat sungguh masa meninggalkan aku.

Adam dah masuk 5 tahun minggu depan (17/1) dia request party pack to all friends kat taska...Insyallah nanti mummy beli untuk Adam.

Hakim dah tahun 3.....cepat sungguh budak nie besar. Tahun yg mencabar untuk membentuk jatidiri dan fokus terhadap pelajaran.

Aku....dengan penuh azam untuk memulakan research agar dapat present kat conference tahun nie jugak...segalanya demi SKT yg harus dikejar. Looking ahead for real break this CNY.