Thursday, April 22, 2010

Selepas 12 tahun..

Minggu penentuan untuk aku....sememangnya minggu ini aku telah membuat sesuatu yg pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun (dalam sejarah kerjaya aku) mengarang surat berhenti kerja org putih kata resignation letter.
Jenuh jugak memikirkan ayat yg sesuai untuk menyatakan hasrat tersebut. Selepas lebih 48 jam akhirnya, kemarin (21 April 2010) telah tercatat satu titik henti aku bersama Unirazak (prevoiusly known as UNITAR). Kiranya sekarang nie aku menghitung hari ....untuk mencapai tempoh matang 2 bulan.

HR dah telefon aku, thanks Kak Mai...sungguh prihatin dengan keadaan sekeliling. Lepas lunch...mengadap bos pulak. Tak banyak yg perlu di perkatakan..bos pun dah sedia maklum dengan sebab musabab surat aku itu. Alhamdulillah.... aku bersyukur sebab HR and HOD aku tak membuatkan aku rasa nak tarik balik surat tu..(which i will not).
Kalau aku singkap kronologi aku kat sini sangat la berjela-jela....ringkasnya:

1 Sept 1998 - 1st day
1 Dec 1998 - dah kompom kerja
23 April 2007 - Seconded to PCEO
15 October - back to library..(fuhhhh lega...)
30 Sept 2008 - Cuti tanpa gaji setahun
1st Oct 2009 - back to work
21 April 2010 - tender...
????? - last day...

Nie berhenti kerja...nak kerja kat mana pulak...???? tunggu n3 akan datang...

Tuesday, April 13, 2010

Mengapa dia begitu???

BINGUNG, STRESS AND FINALLY MIGRAINE......

Dalam aku mmenghadapi dilema "yang mana satu" yg sedang sarat dalam benak ini. Datang pulak unnecessary stress. Dialog yg mengundang stress:

Wanita W (bukan nama sebenar).

Wanita w : Dilla, u already in. We are now arranging the TT.
Aku : Alhamdulillah, kalau betul.
Wanita W : betulllll....
Wanita W : tapi i nak u jangan rapat sangat dengan si N (jugak bukan nama sebenar) dia bagi bad remarks tentang u pada S.
Aku : !!!! terdiam putus kata-kata..akibat statement wanita W tadi.

Kejadian ini berlaku awal minggu ni..dah 3 hari aku berfikir apakah tujuan sebenar wanita W tu cakap macam tu kat aku..apa notif sebenar dia.....?

Stress aku memikirkan semua itu, akhirnya aku simpulkan 5 kemungkinan berikut :
a) Wanita W ada masalah dengan N (cuba nak seret aku dlm masalah dia).
b) N kawan aku ..susah aku nak percaya semua itu...(kalau ya sekali pun N buat macam tu..aku tak kisah itu pendapat peribadi dia terhadap aku).
c) Wanita W nie memang tak dak kerja..suka melaga-lagakan orang.
d) Wanita W nie sedang cari kroni sendiri...(aku yg belum tentu dapat dah kena lobi)
e) Wanita W nie la yang aku tak boleh rapat..sangat BAHAYA.

Kepada N kawan aku tu.....aku tak salah kan hang kalau sekali pun hang cakap macam tu..(mcm apa wanita W citer kat aku)...sebab aku tahu hang sahabat yg baik..takkan hang nak mengaibkan aku depan orang. Insyallah. Sekiranya semua itu fitnah..insyallah Allah akan tunjukkan kebenaranya.

Kepada wanita W, "saya tak perlukan guide yg sebegini..sekiranya ikhlas nak tolong guide bagi la guide2 lain yg lebih berguna, tak perlu buat begini". Sedar atau tidak..reputasi dan rasa hormat saya terhadap anda semakin luntur dengan kenyataan awak itu.

Kepada AKU, Ini semua proses mendewasakan diri dan belajar bersabar, belajar menilai orang, berhati2 dlm setiap tingkah laku dan banyak2 berdoa agar sentiasa dilindungiNYA selalu.

Kepada semua.....(termasuk kengkawan yg baca n3 nie). Marilah kita kurangkan jumlah wanita yg bakal ke neraka kerana "MENGUPAT". Semoga kita belajar pelihara mulut dari menjaja keburukan orang lain. AMIN.

Thursday, April 8, 2010

My latest creation..

Hari nie penat rasanya dok upload gambar untuk my biz blog tu..some items for sale (decoupage, candles and faux cupcakes)...kalau ada yg berminat nak tempah untuk deco raya..silakan jangan segan2.

Among all , i really luv this notes holder..(sendiri buat sendiri puji la....) who cares right....!!!






Nie my pen holder dan family photo frame with Lavender...

Dia pun nak pi sekolah jugak


Sekadar menceriakan hari & hati... my Adam.

Wednesday, April 7, 2010

Satu kelegaan

Perasaan Aku...
Dengan berakhirnya episod kemarin petang....rasa lega yg teramat. Sekarang semuanya terserah pada Yang Berkuasa menentukan di manakah rezeki aku.

Anak-anak Aku...
Generasi Hebat....

Drama Akmal Hakim pagi nie....
Mummy : Bangun sayang ..mandi..nak pi sekolah.
Hakim: Kejap la..
Mummy : Cepat la..nanti Ustazah tunggu..
Hakim : ok la..
Hakim terus bangun....siap jalan tunduk depan Adam yg tengah zzzz.....
terus ke bilik air, buka baju & seluar sendiri, mandi sendiri....
Hakim : Cepat la mummy ..mana berus gigi hakim... ?
Mummy : Awat kalut sgt pulak nie..
Hakim : Mummy nie... orang nak jadi Generasi Hebat" la..kena buat semua benda pantas ...mummy faham tak..????
Mummy : Ya la..mummy bukan generasi hebat....

Salah satu slot dlm drama pagi Akmal Hakim.


Small Buniness Aku...
Alhamdulillah..selepas cuba venture market Jelapang, Ipoh.
Feedback amat membrangsangkan...6 lagi tempahan wall plug & 8 tempahan lilin.
"Ya Allah ...kau murahkan lah rezeki hamba mu ini". Amin.


Dilla@Mummy@Awak
tengah sakit kepala nie...