Sunday, July 22, 2012

Majlis Aqiqah Nur Aisyah Humaira

My Lil princess Nur Aisyah Humaira (Sya Maira)




Pose kat mini pelamin
Sya Maira & Maryam Bahyraa



Getting Ready


Majlis bermula



Adam & Hakim pun kena Marhaban jugak...






Tunggu turn untuk bebedak..






Goodies untuk Marhaban & Tahlil

Teddy telur..ganti bunga


Bunting kat mini pelamin




Candy Table



Teddy untuk tetamu





Table Deco

Salam Ramadhan Buat Semua

Salam Ramadhan.

Akhirnya datang jugak mood nak blogging nie...dah lama ku tinggalkan. Kesibukan dunia akademik ku telah tamat untuk semester ini. Insyallah lepas Aidilfitri nanti baru budak masuk.

There are " a lot " to talk about... self, the kids and everythings...tapi kena compressed bagi jadi mini file.

First...Majlis Akikah Aisyah.
Alhamdulillah. Tanggungjawap untuk akikah dah selesai. Puas hati sebab dapat buat ikut apa yg selama ini aku inginkan.

Second..Adam dah boleh baca BM dan BI.
This is the most "bersyukur" part yang aku rasa dalam berberapa bulan tak berblog nie. Adam 5 tahun dah boleh baca surat khabar dengan lancar (BM), BI newspaper yet to try. Buku dah lancar. Thanks to the teachers at Smart Reader Kids Puchong Prima. Walaupun ada budak lain yang lebih awal boleh membaca..tapi untuk aku..ini sudah baik bagi level aku ( mak dia nie dulu darjah berapa baru boleh baca...he..he..he).

Third..hakim dapat A untuk BM dan Seni
Macam tak percaya....tapi akhirnya dapat jugak dia bawak balik "A" walaupun hanya 2 saja. Alhamdulillah....dia berusaha untuk pencapaian itu. Masa ambik report card ari tu macam tak percaya..walaupun dia dah cakap awai-awai lagi....harap lepas nie maths dan BI menyusul pulak. Insyallah.

Next...My lil Sya Maira dah berjalan....
1 tahun 15 hari.....akhirnya Aisyah berjaya melangkah dengan stabil...he..he..hee...syok tengok dia berjalan. Raya nie nak cari baju kurung. bila boleh berjalan baru best beli baju kurung dan gaun.

Berpuasa...
Alhamdulillah dah 2 hari berpuasa....
Hakim dah complete 2 hari plus tarawih (8+3)...lega dia berminat nak pi surau ikut abah dia...aku tak jangka langsung dia kuat mental ....ingatkan lembik dan loglai...
Adam...bangun sahur pas tu kul 8.00 pagi mengamuk nak susu....
Kemarin...buat karipap dengan depa berdua...sorang tukang gelek tepung, sorang tukang isi inti dan kepit. Aku saja ikutkan apa yg di minta sebagai ganjaran dan motivasi untuk terus posa. Tahun nie tak mahu janji ganjaran RM. Nak tunjuk kat depa ganjaran orang berpuasa 30 hari dari site JAKIM.

Aku...mixed feeling...
Dah lama tak borang ngan member2...dah 2-3 nak chat ngan zura tapi ada saja gangguan, Anis and Diana hospitalised....Salwa n Zureen expecting.....
Makan-makan rumah Kak Miza n Ana sempat jugak sampai...dah lama tak jumpa.

Raya....
Baju raya aku sorang saja yg siap nie....
Org lain masih kat kedai lagi. tailor baru aku buat lawak...baju aisyah tak jahit...nak marah pun tak guna.
Dapat gaji nie baru nak pi memborang apa-apa yg patut for the whole family. Insyallah.

Thursday, January 19, 2012

Minggu terakhir..lepas nie lega sikit...(untuk 1 bulan)

Minggu nie minggu akhir students exam ..lepas tu cuti early march masuk balik...so ada sebulan lebih untuk membetulkan bearing and allignment aku yg hampir "out" dek ombak kontrovesi ..aka ombak rindu...Alhamdulillah semua dah reda.

Semester depan ada seorang senior lecturer tu offer nak tolong ajar aku buat research dan suruh aku present kat conference...alhamdulillah ada jugak org nak bagi laluan untuk belajar. Thanks Rose. Our research still remain rahsia...nanti kalau abstract dah accept baru boleh citer.

Kesihatan
Aisyah
Deman dan baik..deman nak merangkak tu..tapi batuk pulak belum baik..dah 2 kali ambik ubat..Dr. kata paru-paru dia clear...cuma dia tak pandai nak buang kahak sendiri.

Adam
Dah masuk 5 tahun nie lagi banyak akai...manja bukan main...cakap pun lagi banyak.

Hakim
Masih perlukan pengawasan rapi untuk ulangkaji pelajaran dia....semalam dalam aku kesakitan dengar hubby mengamuk dengan dia....bersabar jer la...

Saturday, January 14, 2012

Kini kembali....

Selepas 5 bulan tak langsung menjenguk ke digital diari ku ini....akhirnya lepas sudah satu lagi fasa "P & P" aku....alhamdulillah semua tanggungjawap terhadap anak didik sudah selasai untuk semester ini. Kini aku kembali mencuri masa menulis dan berkongsi.

Minggu nie Aisyah dah masuk 7 bulan..deman +selsema + batuk...kejap saja anak dah masuk 7 bulan...cepat sungguh masa meninggalkan aku.

Adam dah masuk 5 tahun minggu depan (17/1) dia request party pack to all friends kat taska...Insyallah nanti mummy beli untuk Adam.

Hakim dah tahun 3.....cepat sungguh budak nie besar. Tahun yg mencabar untuk membentuk jatidiri dan fokus terhadap pelajaran.

Aku....dengan penuh azam untuk memulakan research agar dapat present kat conference tahun nie jugak...segalanya demi SKT yg harus dikejar. Looking ahead for real break this CNY.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha....

Salam AidilAdha untuk semua,

Lama sungguh tak menulis....terlalu sibuk nampaknya dengan segala benda yang terjadi.

Raya minggu lepas balik penang...nie lah hasil kakak-kakak sepupu Aisyah . Update my virtual archive...photos on my little girl... Nur Aisyah Humaira ( Almost 5 months)


Aisyah masih tak mahu minum dari botol...dah hampir 2 bulan tapi masih ada rejection... mummy masih sabar mencuba.....last month tinggal kan Aisyah dengan MIL 3 malam..3 hari...dia cuma minum 2-3 kali saja tu pun 2-3 oz saja..pening la fikir pasai Aisyah nie.


Raya Korban ..Perasaan...

Sedih sikit....kerana ada berlaku diskriminasi terhadap aku yg sentiasa cuba memenuhi keperluan setiap yang aku sayang...tapi aku pasti tuhan sedang menguji aku.


New member on the family

My SIL dah selamat bersalin on Monday...baby girls...sweet name tapi tak ingat sangat nama macam arab "Maryam....."





Monday, July 11, 2011

Mengurut dan Mak bidan.......

Alkisah kejadian...masa aku balik kampung cukur kepala Aisyah 3 miinggu lepas. Selepas selesai membotakkan kepala Aisyah..mak bidan tu yang aku panggil Mak Lang tanya " bila duduk rasa selesa tak?"...aku jawap macam biasa ja.. Pas tu dia tanya berurut hari tu ok. Aku pun citer la segala-gala kat dia. Tup-tup dia suruh aku baring dia nak tengok "peranakan" aku. Elok saja dia pegang perut aku..dia pun kata " nie dah turun kebawah dah nie.." aku tak paham apa maksud ayat dia tu. "Tak pa kita bagi naik balik"...elok lepas dia tekan kat ari-ari aku...zuppp..terasa darah macam air paip. Panik jugak...bila tengok banyak darah yg tiba-tiba keluar...mau penuh pad aku pagi tu. Lepas tu dia siap urut badan aku dan buang angin yg terkumpul sebab mengurut tak betul. Masyallah..baru aku tahu pasal peranakan tu atas ker bawah...bila kat bawah ada darah yg tersumbat dan tak habis ...tu la yg keluar macam paip tu.

Kisah bermula bila aku suruh hubby carikan org mengurut kat area puchong perdana nie..takkan la tak der...abis org bersalin macamana. Pagi hari ke 3 lepas bersalin hubby dapat no. kakak nie dari kakak yg jual nasi lemak kat depan condo. aku nir...aku pun biasa beli nasi kat dia sebelum gi kerja....(karipap kat situ best giker...)..so the next day datang lah kakak nie...dia punya cakap tak kurang....up sentiasa..mengurut org tu la..org nie la...vip la..bla..bla..bla...
Ikutkan pengalaman aku masa hakim dan adam..mengurut nie memang agak suspen..sebab banyak urat yg akan dibetulkan, lagi pulak badan aku banyak angin. Nak-nak 2 jam jugak satu sessi, tapi kakak nie urut simple giler....heran jugak...tapi nak cakap apa. Bayaran boleh tahan RM nya. Tak pa la kira sedekah la...

Moral dari citer aku......baik la cari org yg betul-betul kenal untuk mengurut, sebab ada org buat cincai-cincai yer....yg jadi mangsanya kita.

Thursday, July 7, 2011

My baby Girl..Nur Aisyah Humaira

Aisyah's hand band masa kat hospital



ha..ha...kelakar pulak tengok ...she is really a gifts.