Monday, November 23, 2009

Graduation Party & Mini Concert at Tadika Cempaka Suria














Alhamdulillah, akhirnya habis la jugak sessi sekolah tadika Akmal Hakim. Walaupun hanya 1 1/2 bulan tapi nampak keberkesananya. Tapi sebelum dapat attend ...banyak sungguh cobaan untuk Hakim.

Sabtu malam....
Muntah2 kat rumah Anis....kuning & hijau semua dah kuar abis...( terbantut aktiviti nak berborak mummy)...balik rumah terus pakai inhaler...( Ventolin & Seretide...mak2 yg anak asa asthma tau la ubat nie..)..sampai pagi dia muntah..minum air kosong..muntah, makan pun muntah. Simpati aku tengok anak aku kena serangan tetiba saja. Bila pagi baru dia ok..pas tu demand McD la pulak..hangin jugak abah dia kena pi cari breakfast McD. Nasib baik bila dah jam 7 dia adah ok...boleh siap main bola lagi....

Anak2 kecik berpesta....









We are the world.....
























Fashion Show...


Joget Rasa sayang...

Anak mummy hang pemalu ini tetap jugak berjoget walaupun nampak kaku...kira ok la..untuk bebudak joget. Thanks to all teachers at Tadika Cempaka Suria for the efforts and hard work.

Wednesday, November 11, 2009

Apa sudahnya nanti...

Monolog...


Apa sudahnya aku jadi begini
Mengharap impian terlaksana
Buka mimpi indah
Cuma hidup biasa...

Apa yg aku mahu....hidup cara aku!

Apa jua aku korbankan
Atas tanggungjawap dan rasa kasih
Demi mencari erti sebenar
Namun apa hasilnya....

Aku cuma mahu....hidup cara aku!

Hidup cara aku...serupa dengan orang lain
Cuma hidup cara kamu yg berlain

Aku ingin hidup cara aku....dan terus hidup cara aku...
Mungkin aku sudah jemu hidup cara kamu
Aku tak ingin pewaris aku hidup cara kamu...
Mewarisi sebuah kehidupan KOSONG...

Apa mungkin aku sudah letih
Menunggu kamu berubah
Bukan berubah untuk AKU...
Tapi untuk pewaris AKU dan KAMU.

* untuk sekian kalinya aku memohon pada illahi agar terus dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup dengan cara yg dikurniakanNya.


Sunday, November 8, 2009

Hari kanak-kanak Sedunia dan Sejadah Sembahyang



Sabtu.....hari yg paling ditunggu-tunggu..boleh rest lama sikit atas katil.

Pagi nie bawak Hakim & Adam celebrate Hari Kanak-Kanak Sedunia kat KJMC...very interesting event....banyak goodies ....Congrats KJMC for the effort. Nie first time bebudak tu join coloring contest....dua2..dapat hadiah....jangan terkejut..bukan hasilnya menarik sangat..tapi semua penyertaan dapat hadiah. Sebenarnya mummy dia yg lebih2 color....malu pulak tengok buka mewarna..tapi menconteng.





Maghrib. Dialog Hakim selepas solat....
Hakim : Dah habis kan sembahyang?
Mummy: Ya..awat?
Hakim: Mummy tau tak kalau kita tak sembahyang, nanti sejadah tu sembahyang sendiri..(sambil buat demo lipatan sejadah..ala2 orrg tengah rukuk)
Mummy : Aik..sapa cakap kat abang nie?
Hakim : Betul mummy..nanti dia sembahyang sendiri.
Mummy : Sapa cakap?
Hakim : Abang kat rumah Ummi ton.

Moral of the story : mungkin sebab TV dok bubuh cerita yg suruh kita pikir sendiri jawapannya.. jadi ini lah salah satu jawapan yang ada dalam diri anak2 kita.... Alhamdulillah jawapan nya positif ke arah suruh kita sembanyang, kalau dlm fikiran dia orang benda2 lain...bahaya jugak untuk aqidah depa.

Mummy : tak pa la abang...kalau macam tu..abang kena la sembahyang 5 kali satu hari.
Hakim : Tapi mummy, boleh ka dia sembahyang sendiri?
Mummy: @#$%^^&&*** ( penin kepala aku...)
Mummy: Kalau ada pun sejadah sembahyang sendiri..bukan semua orang boleh nampak. Hanya orang yg rajin sembahyang, dengar cakap mummy & abah, tak gaduh dengan adik, dan baik dengan semua orang lain saja yang boleh nampak. Tuhan saja yg tahu abang.
Hakim : ok mummy..kalau mummy nampak sejadah tu sembahyang..cakap hakim tau..
Mummy: Insyallah...(naik biru mata aku jawap soalan anak2 nie)...

Moral untuk aku: Adakah aku akan tergolong dalam golongan terpilih untuk melihat kekuasaan allah itu. Insyallah.

**Mummy yg sedang cuba melakukan perubahan**

Thursday, November 5, 2009

Fikirkan...

"Only speak when your words are better than your silence."