Wednesday, November 11, 2009

Apa sudahnya nanti...

Monolog...


Apa sudahnya aku jadi begini
Mengharap impian terlaksana
Buka mimpi indah
Cuma hidup biasa...

Apa yg aku mahu....hidup cara aku!

Apa jua aku korbankan
Atas tanggungjawap dan rasa kasih
Demi mencari erti sebenar
Namun apa hasilnya....

Aku cuma mahu....hidup cara aku!

Hidup cara aku...serupa dengan orang lain
Cuma hidup cara kamu yg berlain

Aku ingin hidup cara aku....dan terus hidup cara aku...
Mungkin aku sudah jemu hidup cara kamu
Aku tak ingin pewaris aku hidup cara kamu...
Mewarisi sebuah kehidupan KOSONG...

Apa mungkin aku sudah letih
Menunggu kamu berubah
Bukan berubah untuk AKU...
Tapi untuk pewaris AKU dan KAMU.

* untuk sekian kalinya aku memohon pada illahi agar terus dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup dengan cara yg dikurniakanNya.


No comments: