Thursday, April 22, 2010

Selepas 12 tahun..

Minggu penentuan untuk aku....sememangnya minggu ini aku telah membuat sesuatu yg pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun (dalam sejarah kerjaya aku) mengarang surat berhenti kerja org putih kata resignation letter.
Jenuh jugak memikirkan ayat yg sesuai untuk menyatakan hasrat tersebut. Selepas lebih 48 jam akhirnya, kemarin (21 April 2010) telah tercatat satu titik henti aku bersama Unirazak (prevoiusly known as UNITAR). Kiranya sekarang nie aku menghitung hari ....untuk mencapai tempoh matang 2 bulan.

HR dah telefon aku, thanks Kak Mai...sungguh prihatin dengan keadaan sekeliling. Lepas lunch...mengadap bos pulak. Tak banyak yg perlu di perkatakan..bos pun dah sedia maklum dengan sebab musabab surat aku itu. Alhamdulillah.... aku bersyukur sebab HR and HOD aku tak membuatkan aku rasa nak tarik balik surat tu..(which i will not).
Kalau aku singkap kronologi aku kat sini sangat la berjela-jela....ringkasnya:

1 Sept 1998 - 1st day
1 Dec 1998 - dah kompom kerja
23 April 2007 - Seconded to PCEO
15 October - back to library..(fuhhhh lega...)
30 Sept 2008 - Cuti tanpa gaji setahun
1st Oct 2009 - back to work
21 April 2010 - tender...
????? - last day...

Nie berhenti kerja...nak kerja kat mana pulak...???? tunggu n3 akan datang...

No comments: