Sunday, October 17, 2010

Gala Dinner FPM 2010

Memories of 4 friends.
Zul: " kita nie mengumpul kenangan untuk hari tua" - aku sungguh bersetuju.

Thursday, September 2, 2010

Birthday Dad

Little cake..for all. Depa pun nak tiup lilin jugak...
Yang nie tak habis-habis buat lawak

this is my portion.....a lemon cake


Nie baru the real birthday dad......






Wednesday, September 1, 2010

Merdeka yg penuh dengan klinik dan hospital

Tahun nie aku sambut malam menjelang merdeka dengan lawatan ke klinik dan hari merdeka di hospital....sebabnya..Akmal Hakim kena attack Asthma..teruk jugak kali nie..(walaupun tak seteruk tahun-tahun terdahulu)..tetapi risau aku tetap sama setiap kali dia lelah. Tapi Alhamdulillah pagi nie Dr. Nik (Kelana Puteri) kat dia dah ok sikit..cuma kena buang kahak yg dah melekat kat paru-paru dia.



Antara penyebab nya yg aku kompom adalah asap bunga api...maklumlah abah dia bukan main sakan membeli bunga api...tambah pula masa balik kampung hari tu dia bersuka-ria dengan sepupu dia..plus.kak cik ngan abang kat Ipoh siap bawak pi kedai pilih mercun dan bunga api. Tapi apa nak buat.... susah nak larang..tak bagi kesian pulak..nak celebrate raya..dan kesian jugak kat aku yg tak cukup tido malam.



Hari nie birthday my hubby...tak tau lagi nak masak apa untuk berbuka malam nie..ingat nak singgah Giant S. Alam beli kek dan kad. Saja jer tak wish dia this morning..suspen..dia mesti ingat aku lupa...( tak kot..dia tahu aku nie memang jenis kaki party dan celebration)..tungguuuuu my update esok.



At work..sedih pulak rasanya bila bebudak tu pakat-pakat mai salam dan bermaaf-maafan sebab hari last class dengan depa sebelum balik raya. Syahdu pulak....



Need to take a very quick move....bye2..

Thursday, August 19, 2010

The latest me....

Nampak macam usaha aku dah berjaya kan...untuk mencecah 55 kg....

With my students at Perdana Leadership Foundation August 5th, 2010.

Belated Salam Ramadhan

Kejap jer....tup-tup dah 10 hari berpuasa....Alhamdulillah gastik aku tak menyerang.

Tahun ni aku belum lagi fikir tentang persiapan raya...mungkin dari awal lagi aku dah plan nak beli semua yg ready made..jadi aku tak lah pening nak tempah semua benda.

Baju raya. .
Hope gaji nie boleh lagi tengok-tengok kat Shah Alam baju melayu untuk Hakim & Adam..dan tak lupa juga my hubby. As for me...itu tanggungjawap my hubby la...(not in my budget..its yours dear...). Rasanya nak pakai warna natural la tahun ni.

Kueh Raya...
Last week hubby dah tanya nak buat kueh apa?...alamak soalan yg masih aku tak jawap sampai hari ni...tak der jawapan sebab tak tahu lagi ada masa atau tak.
Harap-harap dapat la buat 2-3 jenis untuk bawak balik kpg sikit

Cuti Raya..
Kami balik Penang la......tahun nie nak balik khamis ( 1 hari sebelum raya) tunggu after zohor baru nak bertolak...so sampai kampung mesti time berbuka. (harap-harap trafic ok) dan cuti panjang sikit kot...sampai Rabu the following week.. INSYALLAH.

Duit Raya..
Ada lagi syiling baki tahun lepas..boleh lah bagi kat bebudak yg datang beraya. Budget anak saudara seperti biasa la....seperti tahun-tahun yg dulu jugak.

Walaupun apa sekali perjalanan hidup aku...satu tabiat yg tak boleh dibuang masa bulan Ramadhan nie ialah pangkah calender....menghitung hari nak balik kampung...dari masa student sampai la dah jadi cikgu kepada student.

Untuk Kak Miza, Ana dan Kay....

Aku rindu kamu.....
Kakak, Ana dan Kay
Saat ini..kosong..
Kotak kuning ini mejadikan aku semakin sunyi..
Tiada gurau senda dan luahan hati
Mahupun gossip liar....yg pernah kita ceritakan dulu....

Saat ini...rindu..
Pada keakraban persahabatan...
Malah seumpama saudara..
Bahu tempat menangis...
Bibir teman senyum dan ketawa..

Saat ini..Ramadhan tiba
Aku makin terasa kesyahduan..
Makin terasa jauh dari kamu semua..
Aku menghitung antara terbit dan terbenam nya fajar...
Untuk merayakan Syawal bersama kamu semua...

Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadhan yg mulia ini.
Salam dari AM.

Wednesday, July 28, 2010

Teringat, tapi tak sempat...

Itu la gambaran perasaan aku tentang menulis n3 untuk blog nie. Memang ada banyak benda nak tulis tapi masa tak mengizinkan.

Sebenarnya aku memang dah naik gian nak menulis. Dah hampir dua bulan baru boleh curi masa (the 3 heroes) dah di buai mimpi..kalau tak mesti banyak iklan. Nak harap siang...banyak ranjau berduri..antaranya...PC yg aku "baru " dapat tu....kalau lumba ngan siput b*** pun siput tu menang..awatnya tak macam tu...sikit-sikit "hang"..diam....aku apa lagi "rebut" la....kalau Pc ok...internet pulak....bila dua-dua ok...aku ada kelas.

Life lately agak kelam kabut sikit..catching-up with new environment. Kesian kat anak-anak sebab tak banyak masa macam dulu, boleh dok melawak dalam keter...masa on the way to office and way home. Aku pun terasa jugak bila drive sorang-sorang tanpa dengar suara 2 beradik tu bergaduh. Imagine semenjak 7 tahun lalu kami semua in one car everyday....now aku sorang2...nasib baik jugak ada Sinar FM dan Hot.FM jadi teman gelak aku.

Back to faculty...macam back to school..(in study time). looking at the student in sem 1. Teringat kat Mr. Wong T.C subject yg aku ajar sama dengan subject dia....jargon sungguh perkataan "invisible college" dan "how people get new knowledge".......ha..ha... bila mengajar baru aku betoi-betoi paham..lawak sungguh ingat kengkawan semua ada lecture kat dewan kuliah KSPU. Lets call-up some names......ayat maut.

Feeling up and down..maybe bila letih kita jadi macam tu kot....????

Adam & Hakim bersama lakonan mereka...
Allahhuakbar....allahhuakbar....... (azan berkumandang)

Tak lama lepas tu aku dengar lagi.....azan...ingat depa nie dok belajar azan dan jawab azan...tapi ada bunyi pelik macam orang mengerang kesakitan dan ketakutan...ala-ala kerasukan. Lama aku biar ...tak ambik port pun....... tapi bunyi jugak....bila aku toleh at the back seat....

Situasi : Adam memegang kepala hakim sambil melaungkan azan

Situasi : Hakim mengerang macam orang kerasukan.....


Aku gelak sampai meleleh air mata tengok gelagat budak 2 orang tu.....apa makna nya tu...?
pengaruh citer mistik kat tv...roh kembali dan misteri alam ghaib kat tv3. budak2 pun boleh siap acting jadi bomoh....yg si abang tu pun menyerahkan kepala untuk di tekan oleh adik...sebijik macam dalam tv lakonan mereka.

Aku & anak2 aku....

Thursday, June 17, 2010

Dugaan demi dugaan untuk kesana.....

Alhamdulillah.
Ya Allah. Hamba mu ini sangat bersyukur atas segala kuriaan mu selama ini. Walaupun hamba mu ini sering alpha kepada mu namun Engkau tidak pernah melupakan aku.

21 June 2010....langkah pertama kedunia akademik....semoga Allah memudahkan segala urusan aku.

Hangin sampai aku kena darah tinggi.....155/85....tinggi ka tu...???
Ini semua pasai Proton Edar..sabar jer la.....kepala hangguk depa. susah sungguh nak beli kereta NASIONAL...salesgirl bukan main manis lagi cakap esok atau lusa bolah ambik kereta..tup-tup dah 3 minggu..asap kereta pun aku tak bau.

Kehidupan sebagai suri rumah selama 3 minggu nie sungguh seronot...sempat buka meja kat PNM lagi..alhamdulillah. My decoupage is growing now....

nie tumpang tempat orang..nanti sambung lagi...