Sunday, November 7, 2010

Cerita-cerita lama..raya lepas..

Nie baru aku ada peluang untuk menulis dengan sesungguh hati ..(setelah selesai tugasan yg bagai tak habis-habis diatas batu jemala patin ini). Semua on going assessments student dah settled tunggu paper final saja 10 and 14 nov nie....ok stop tentang kerja.

Sebenarnya banyak yang aku nak share cuma masa tak mengizinkan aku menulis start dari Raya Aidilfitri, Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan my SIL (sis in law) sampailah tetiba aku mengandung lagi. Lately life abit rush and my emo. pun agak down sikit..biasalah tukar kerja baru..kena set mind untuk buat benda-benda baru. Banyak aku kena adjust terutama sekali mental..(namun begitu banyak telah aku pelajari semasa di UNI***sedikit sebanyak membantu aku untuk aku menstabilkan emosi aku). Kadang-kadang dulu aku bertanya kenapa tuhan duga aku dengan benda2 yg sangat menyakitkan....kini aku faham ada hikmah untuk aku dimasa hadapan)...dan kini terbukti..itu semua sangat membantu. Alhamdulillah.

Kenapa aku mendiamkan diri dari FB dan Blog ini...(soalan dari Zura, Ana, Kak Miza, dll)?
Aku sesungguhnya memohon maaf. Bukan dah lupa kat kawan-kawan lama...cuma aku tengah biasakan diri dengan tempat baru...satu dunia baru untuk aku...banyak jugak tekanan yg membuatkan aku lebih rela duduk diam dan muhasabah diri. (thanks Zura for understanding me). Untuk Ana & Kak Miza...sesunggunya kemana saja saya pergi..insyallah tali persahabatan kita akan sentiasa dihati saya..selagi diizinkan Allah kita tetap akan bersahabat...(dimana nak saya cari tempat mengadu macam anda berdua???) Setelah semua yg bersarang itu terlerai baru lah boleh bernafas dan mencuri masa untuk FB dan Blogging kembali.

Sesungguhnya masa yg ada kebelakangan ini penuh dengan aktiviti kekeluargaan...starting dari majlis akad nikah adik nor hingga lah ke majlis sanding ..rasanya 24 jam tu penuh aku maanfaatkan untuk keluarga...sampai kelewatan kejadian bulanan pun aku ingatkan stress..rupa-rupanya ada rezeki yg tuhan bagi kat aku.....Alhamdulillah.
Recall kembali apa yg aku rasa pelik kat badan aku ...awat la perut buncit semacam yer...aku pun pi la beli krim halia dan limau nipis...tapi tak kurang jugak.....seminggu sebelum tahu aku dah 6 weeks ..aku siap ikut senamrobik kat sekolah hakim...konon-konon nak keluarkan peluh. Ahad minggu tu rasa tak sedap badan....terus terasa nak makan "fettichini Cabonara" kat Midvalley...apa lagi....sedap sungguh makan. Kebetulan masa tu jumpa Zura and family....seronok sungguh my boys main dengan Zara....sapa tahu...depa nak dapat adik...insyallah. That nite aku beli pregnancy test..tapi tunggu esok paginya baru nak test....
the test is positive. Lepas tu baru la aku ngan hubby gi jumpa Dr. Nik (kelana puteri) dan dia minta datang in 2 weeks...which is mid of nov. untuk scan. My EDD : 16/6/2011.

Sorotan peristiwa-peristiwa bergambar dalam next n3.

Tuesday, October 26, 2010

Rezeki setelah aku berhenti berharap...

Alhamdulillah....tiada kalimah lain yang mampu aku panjatkan sebagai tanda kesyukuran. Akhirnya sampai juga rezeki aku.

Mengulangi segala yang telah berlaku hampir 7 dan 4 tahun lalu. Insyallah. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengharunginya sekali lagi. Bezanya kali ini pasti lebih meriah dengan Hakim dan Adam.

Menjadikan Jun 2011 pasti meriah...semoga Aidilfitri tahun hadapan dapatlah kiranya skirt dan gaun di SOGO KL tu aku jadikan koleksi. Kalau kena beli t-shirt dan pants pun aku sudah bersyukur.AMIN.

N3 aku kali nie macam tak ikhlas...bukan macam tu..aku sendiri pun masih menyakin kan diri aku dengan apa yg telah terjadi.

Sunday, October 17, 2010

Gala Dinner FPM 2010

Memories of 4 friends.
Zul: " kita nie mengumpul kenangan untuk hari tua" - aku sungguh bersetuju.

Thursday, September 2, 2010

Birthday Dad

Little cake..for all. Depa pun nak tiup lilin jugak...
Yang nie tak habis-habis buat lawak

this is my portion.....a lemon cake


Nie baru the real birthday dad......






Wednesday, September 1, 2010

Merdeka yg penuh dengan klinik dan hospital

Tahun nie aku sambut malam menjelang merdeka dengan lawatan ke klinik dan hari merdeka di hospital....sebabnya..Akmal Hakim kena attack Asthma..teruk jugak kali nie..(walaupun tak seteruk tahun-tahun terdahulu)..tetapi risau aku tetap sama setiap kali dia lelah. Tapi Alhamdulillah pagi nie Dr. Nik (Kelana Puteri) kat dia dah ok sikit..cuma kena buang kahak yg dah melekat kat paru-paru dia.



Antara penyebab nya yg aku kompom adalah asap bunga api...maklumlah abah dia bukan main sakan membeli bunga api...tambah pula masa balik kampung hari tu dia bersuka-ria dengan sepupu dia..plus.kak cik ngan abang kat Ipoh siap bawak pi kedai pilih mercun dan bunga api. Tapi apa nak buat.... susah nak larang..tak bagi kesian pulak..nak celebrate raya..dan kesian jugak kat aku yg tak cukup tido malam.



Hari nie birthday my hubby...tak tau lagi nak masak apa untuk berbuka malam nie..ingat nak singgah Giant S. Alam beli kek dan kad. Saja jer tak wish dia this morning..suspen..dia mesti ingat aku lupa...( tak kot..dia tahu aku nie memang jenis kaki party dan celebration)..tungguuuuu my update esok.



At work..sedih pulak rasanya bila bebudak tu pakat-pakat mai salam dan bermaaf-maafan sebab hari last class dengan depa sebelum balik raya. Syahdu pulak....



Need to take a very quick move....bye2..

Thursday, August 19, 2010

The latest me....

Nampak macam usaha aku dah berjaya kan...untuk mencecah 55 kg....

With my students at Perdana Leadership Foundation August 5th, 2010.

Belated Salam Ramadhan

Kejap jer....tup-tup dah 10 hari berpuasa....Alhamdulillah gastik aku tak menyerang.

Tahun ni aku belum lagi fikir tentang persiapan raya...mungkin dari awal lagi aku dah plan nak beli semua yg ready made..jadi aku tak lah pening nak tempah semua benda.

Baju raya. .
Hope gaji nie boleh lagi tengok-tengok kat Shah Alam baju melayu untuk Hakim & Adam..dan tak lupa juga my hubby. As for me...itu tanggungjawap my hubby la...(not in my budget..its yours dear...). Rasanya nak pakai warna natural la tahun ni.

Kueh Raya...
Last week hubby dah tanya nak buat kueh apa?...alamak soalan yg masih aku tak jawap sampai hari ni...tak der jawapan sebab tak tahu lagi ada masa atau tak.
Harap-harap dapat la buat 2-3 jenis untuk bawak balik kpg sikit

Cuti Raya..
Kami balik Penang la......tahun nie nak balik khamis ( 1 hari sebelum raya) tunggu after zohor baru nak bertolak...so sampai kampung mesti time berbuka. (harap-harap trafic ok) dan cuti panjang sikit kot...sampai Rabu the following week.. INSYALLAH.

Duit Raya..
Ada lagi syiling baki tahun lepas..boleh lah bagi kat bebudak yg datang beraya. Budget anak saudara seperti biasa la....seperti tahun-tahun yg dulu jugak.

Walaupun apa sekali perjalanan hidup aku...satu tabiat yg tak boleh dibuang masa bulan Ramadhan nie ialah pangkah calender....menghitung hari nak balik kampung...dari masa student sampai la dah jadi cikgu kepada student.

Untuk Kak Miza, Ana dan Kay....

Aku rindu kamu.....
Kakak, Ana dan Kay
Saat ini..kosong..
Kotak kuning ini mejadikan aku semakin sunyi..
Tiada gurau senda dan luahan hati
Mahupun gossip liar....yg pernah kita ceritakan dulu....

Saat ini...rindu..
Pada keakraban persahabatan...
Malah seumpama saudara..
Bahu tempat menangis...
Bibir teman senyum dan ketawa..

Saat ini..Ramadhan tiba
Aku makin terasa kesyahduan..
Makin terasa jauh dari kamu semua..
Aku menghitung antara terbit dan terbenam nya fajar...
Untuk merayakan Syawal bersama kamu semua...

Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadhan yg mulia ini.
Salam dari AM.