Tuesday, December 14, 2010

n3 tertunda...Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam

Dah lama nak gi tempat nie..dah masuk JJCM kat TV3 dan ramai yg recomen tempat nie...
Mula-mula sekali nak citer pasai harga makan kat sini...agak tinggi harga untuk rasa yg tak seberapa itu...harga 5* rasa 2* saja.

Chicken chop.

Steak..adalah besaq burger ramli bila di masak.


Sirloin steak...liat..


Briani ayam..

Briyani puyuh yg sgt kurus...

Tengah pilih apa nak makan..


Fauna yg terdapat kat sana


Ostrich yg gemuk-gemuk..

Gazebo setting yg menarik..

Fish ponds dan water feature yg menarik jugak


3 beranak yg sgt lapar...

My experince kat cafe nie...macam indah kabar dari rupa..kurang menarik...rumusanya:
Rasa - 2/5
Bau - 1/5 (sebab ada haiwan peliharaan)
Service - 2/5 (lambat dan kurang friendly)
Facilities - 3/5 (konsep pondok atau gazebo)
Journey - 2/5 (Adventure jugak nak sampai sini)
So..sapa yg teringin nak mencuba...silakan. Ini cuma penilaian peribasi saya sahaja berdasarkan hari dan masa kejadian. Semoga Puncak Mutiara Cafe akan membuat penambahbaikan untuk masa hadapan.

Gambar pagi Aidil Adha













Konsep pak Arab...raya haji tahun nie..sempena menghormati aidil adha aku belikan depa jubah hitam dan kopiah putih...Alahai anak mummy.....mcm anak arab celup....

Sepang..celebrating our 8th year...

Hakim & Anis Adibah
View of sepang Gold Coast

Adam....takut pasir...


Sand castle

Picnic breakfast

Fresh sea food...sotong...

Ikan merah

Air asam....cicah.

Tukang bakar ikan malu mcm pengantin..

Ready..

Siakap laut yg sungguh yummy..


Ikhwan & Abang Tan

Adam tengah setting table

Homestay...at Taman Seri Bayu. Bayu Mas.

Very clean dan afforable.

Tahun nie kami celebrate dengan family abang tan from kulim. best sikit sebab ramai..kalau setakat kami 4 beranak kurang meriah la...so this is the homestay...sgt puas hati dengan kebersihan dan facilities yg disediakan.

Nak tengok Baju kawin Mummy dan Kenapa ada baby dlm perut mummy?

Tu la permintaan dan pertanyaan Adam....masa aku dengan dia tengah tengok album 8 tahun dulu. Mulanya dia tanya berberapa soalan yg buat aku menambahkan "evening sickness" aku...antaranya?
1. Kenapa mummy kawin dengan abah?
2. Kenapa dalam gambar nie Hakim dng Adam tak der pun?
3. Kenapa mummy cantik sgt masa nie? (makulmlah mak dia dah kureeeeng cantik la nie).
4. Boleh tak Adam kawin dengan mummy?
5. Boleh tak Adam nak tengok baju kawin mummy?
Pas tu aku pun tukar album sebab tak larat nak cari jawapan untuk soalan2 diatas...aku ambik album Hakim dan Adam masa kecil....aku collect semua gambar dari masa scanning sampai besar...timbul pulak soalan yg lagi memambahkan loya aku...

1. Sapa yg no. 1 ada dalam perut mummy...abah ker hakim..?
2.. Masa adam dlm perut mummy..adam ada pegang tulang mummy...mummy rasa geli tak?
3. Kenapa ada baby kat dlm perut mummy?
4. Baby tu Girl ker boy?
5. Boleh tak kita suruh Dr. keluarkan baby sekarang?
Dan yg paling makan dalam punya soalan adalah...
6. Kalau baby tu girl boleh tak adam nak panggil dia Ecah..(nama kawan dia tak rumah Umi Ton).....Adam suka kalau baby tu mcm baby kawan mummy (refer to Zara...anak Zura).
Imej of Muhamad Adam Harith
Imej of Muhamad Akmal Hakim


Itu lah kerenah adam bila abang dia balik kpg....member tu boring giler...habis semua benda ditanya.



























Monday, December 13, 2010

Hakim's 7th Birthday and our 8th Anniversary









































































Tahun nie kami buat double celebration..sengaja percepatkan birthday Hakim (yg sepatutnya pada 15/12) join with our big day. Hakim dah nak masuk tahun 2 january depan..rasanya baru saja dia mula sekolah...tup-tup dah besaq...Almost 3 weeks hakim stay dengan Pakcik Tan dia di kulim...i really missed him. Alhamdulillah masa kat sana dia pandai bawak diri...enjoy abis bermain dengan Anis Adibah (sepupu dia). Lega bila Kak Eda kata dia nie disiplin memang tinggi, pandai uruskan diri sendiri dan paling punctual dalam segala hal. (harap berkekalan sampai bila-bila)...jgn cuma bila dok umah org saja. Aku organize a small party untuk dia on the saturday afternoon sebelum kami proceed with our short holiday at Sepang...(bukan Sepang Gold Cost).

Sementelah my brother (Ang Tan and family) ada kat sini...kami sewa this Seri Bayu Homestay. A very well taken care of ..homestay and at reasonable rental ....we enjoy the fresh seafood bqq that night. The next morning picnic breakfast on the beach side.....dapat la aku menikmati udara segar pagi tu and the rest are at the beach sampai kecut kaki tangan. At 2.00 pm kami check-out and return to my lovely "new orlands"....... VMC puchong.

About our anniversary...
Masa sungguh pantas bergerak...tup-tup dah 8 tahun aku jadi isteri kepada my own best friend. Jodoh adalah ketentuan tuhan...(12/12/2002-12/12/2010).kalau diimbas kembali 8 tahun dulu tak pernah terlintas nak kawin dengan kawan sendiri..maklumlah kat luar sana pun ramai jugak kawan baru. Alhamdulillah. jodoh yg tuhan bagi kat aku sangat dapat me"neutral" kan aku. Walaupun sifat aku macam 360 degree berbeza dengan dia..itu lah yg tuhan kata saling lengkap melengkapi. Last year aku dapat suprise present...tahun nie turn aku pulak kena. Just a simple card and small gift to my HUBBY. Hope you like it...(itu saja yg mummy mampu). Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas perkahwinan kami.

Semenjak mengandung yg ketiga nie..almost 80% kerja rumah my hubby buat...aku bukannya manja atau demand lebih..cuma my evening sickness ini start lepas maghrib...jadi kerja cuci pinggan, kemas beg nursery Adam,cuci, jemur dan lipat kain dan segala hal ehwal kerenah Adam telah bertukar tangan. Kalau pagi aku alhamdulillah ok...balik saja kerja terus lembik...Kadang-kadang rasa bersalah jugak tengok dia takeover kerja aku...tapi memandangkan dia sgt-sgt tak boleh tengok rumah serabut sikit pun....so mula lah kaki tangan dia tak berhenti mengemas....(nasib baik mulut dia tak bunyi)...kalau aku mesti dah moncong sekaki dan pot-pet-pot-pet. Maybe dia pun kesian kat aku asyik dok wek-wek...tapi tak keluar apa benda pon. Tu lah al-kisahnya sepanjang minggu lepas.
Waiting for Zura and Hakim twin Cake (Repunzura....and Ben10)....18/12.