Monday, May 17, 2010

Ilmu yg dikongsi bersama....kerja tangan sahabat.

Ana dengan penuh tekun...

Cantik bukan.....kerja Kay..

Ana jemput minum teh di......bila agaknya tu..??


Untuk Hubby dia....



Yong..untuk Cikgu Ammar



Ni la hasil creativiti kengkawan buat decoupage....

Sunday, May 16, 2010

A beautiful cupcakes display..."si cantik dalam kaca"




Weekend yg penuh dengan jalan-jalan....dan Hangin.

Lengoh kaki dibuatnya.....
itulah penangan berjalan2 kat pasar malam jalan TAR last saturday. Dah lama gak tak jalan2 kat situ..sempat pi pekena coffee kat Sogo. Malam tu tidoq sampai tak sedaq dunia. Seronok dapat lepas gian merendek jalan TAR....Teringat zaman uitm dulu..kalau pi KL weekend mesti melawat jalan TAR..cuma sekarang nie lokasi dah tukar ke belakang bangunan agak sesak sikit..compared to dulu atas jalan raya..luas senang nak tolak stroller Adam.

Alkisahnya...apa yg ingin aku titipkan dari hati aku adalah sikap peniaga gedung kain terbesar di Malaysia..yg sedang popular dengan jualan hebat hampir sepanjang tahun....
Sabtu lepas aku bawak my SIL (sis in law) pi cari kain untuk buat baju nikah.....harga kain tu tak kurang mahalnya....ribu riban jugak la...tapi sayang layanan memang double standard..nasib baik meniaga dlm "palace" sendiri...kalau tak tepi jalan..tak ubah seperti petaling street..berniaga ala-ala memaksa orang... kalau aku recall balik masa 8 tahun dulu masa aku beli kain untuk baju nikah dekat Maya Silk House..10x lebih mesra.

Ni tak..main potong ja..tanpa persetujuan customer dulu..dah tu boss yg nak nego harga pun tak fokus kat 1 customer sampai close deal..nie macam langau terbang-hinggap-terbang -hinggap. Masa nak masuk bukan main layan lagi..sampai hantaq kat escalator..bila dah beli...sendiri mau ingat...cari la tangga sendiri nak turun.

Taktik menipu memang terselah kat "palace" nie...bila sales dia nampak my SIL bawak paper bag..siap tarik tangan nak tunjuk promosi package konon sebab dah beli dari tingkat atas...2 pasang RM 100, tapi aku tengok kat orang lain pun dia offer sama saja...siap boleh ayat satu awek tu harga Rm 78 sepasang boleh turuh sampai Rm 35 sepasang....nampak sangat depa nie penipu...maknanya kain tu harga dia kurang dari Rm 35...kalau tidak mana nak dapat untung.

Sebenaqnya sebelum aku ke cawangan terbaru "palace" ni kat SA aku dah pi kat KL...experience aku sama jugak....bila tanya nak cari apa...aku jawap la nak kain cotton....terus dia bawak aku pi kat kain yg semeter RM200...dia ingat aku nie banyak sgt ka RM....pas tu aku kata nak cari yg pakai biasa saja..untuk pi office...dia bawa aku pi kat RM99 semeter..tak sempat nak cakap berapa budget aku.... pas tu dia bagi option yg kain RM99 tu boleh kurang jadi RM70 semeter..jadi aku kena spend RM280 untuk sepasang kain cotton..(berlambak sgt la duit aku)..lepas dah 3-4 kain dia tunjuk...aku kata..."dik..nanti sekejap..biar saya tengok dulu.." dia terus sound.."kalau akak nak yg murah..pergi sebelah sana..nanti kat sana tanya sales sebelah sana".....................macam nie ka meniaga???????

Bila aku sampai kat area kain yg sewaktu dengan budget aku....lain pulak citernya.....elok ya aku kata ini cantik..terus dia ambik dan tanya kau 4 meter ya kak...?...tak sabaq2 nak potong kain...ada lah 2-3 dia buat macam tu...aku dah mula naik rimas...."boleh tak nanti kalau saya dah jumpa yg saya berkenan baru saya bagi tau ?".....terdiam sekejap budak tu...Bila dah jumpa yg berkenan...tak sempat aku nak cakap 2 Meter......dia dah baik punya depa kain tu..4 meter...aku cakap 2 meter saja....dia kata mana ada orang buat kain tu 2 meter....."ikut suka aku la duit aku, badan aku".....itu la pengalaman aku dengan this "Palace". Kepada yg belum pernah alami pengalaman begitu...berhati2 sebab dia orang nie berniaga dng cara yg sungguh aggresif.

Dalam sakit hati..sempat jugak aku jejak Sec 2, shah alam...makan kat gerai /foodcourt sec 2 konon macam masa 1994-1998..ternyata sudah banyak berubah..cuma kedai2 barang kat situ masih belum berubah. I really missed those days....

UITM di Hatiku......

Monday, May 10, 2010

Aku yang meneka dalam kesamaran

Kesinambungan dari n3 aku minggu lepas...."berhenti kerja...nir nak kerja apa pulak..?"...

Sememangnya tanda soal itu menjadi semakin besar ? ? ? sekarang...
A few things still hanging....undecided due to so many uncertain situation. Nasib baik tidur aku masih lena, makan ku masih kenyang dan mandi masih basah....cuma emosi aku yg sikit terganggu dengan kesamaran ini..

Meneka dalam kesamaran aku bermula apabila kepastian dari pihak U*** sudah menjadi samar. Hayati dialog dibawah......
Aku : Puan saya ingin bertanya status dot..dot..dot... untuk jawatan dot..dot..dot untuk fakulti dot..dot..dot.
Puan N : Nanti sekejap saya tengok.
Puan N : Oh...untuk fakulti dot..dot..dot...tak der pun senarai nama untuk jawatan dot..dot..dot.
Aku : Tak pa lah puan...tapi boleh saya tahu agak2 bila jawapan tu ada?
Puan N : Nama semua tak masuk meeting lagi....dari fakulti dot..dot...dot ada masalah sikit...cuba call balik dalam masa 2 minggu.
Aku : Terima kasih banyak Puan.

Dalam Hati aku....mula membuat perkiraan....2 minggu dari 10bh May...jadi 24 hb May .
Mak oi...ini memang kes naya...aku dah lah tengah hold offer letter yg satu lagi tu....paling lambat pun on 21st kena reply...sebab tu dah sebulan dari tarikh offer tu keluar.

Wahai U***, awat la payah sgt hang pa nak buat keputusan......apa pulak masalah yg Pn. N cakap tu......"Dapat atau Tak bukan masalah besar....yg penting jawapan...supaya aku boleh move ahead with plan B.

Pening..pening....(kejap lagi nak pi release tention..tengok broach yg Yong Jual....).

Monday, May 3, 2010

Weekend in Ipoh

After a long break (for makan2 luar and happenings), so got this chance to lepas geram..Dataran Ipoh near Green Town Mall ...ok jugak dia punya satay. Actually visiting Ipoh macan serampang 2 mata la...Hantar barang pesanan Decoupage sambil melawat Kakak Ipar aku dan bonusnya dapat jumpa Mak (MIL).

Banyak jugak kain yg cantik2 kat sini...

Satay yg yummy...




Thursday, April 22, 2010

Selepas 12 tahun..

Minggu penentuan untuk aku....sememangnya minggu ini aku telah membuat sesuatu yg pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun (dalam sejarah kerjaya aku) mengarang surat berhenti kerja org putih kata resignation letter.
Jenuh jugak memikirkan ayat yg sesuai untuk menyatakan hasrat tersebut. Selepas lebih 48 jam akhirnya, kemarin (21 April 2010) telah tercatat satu titik henti aku bersama Unirazak (prevoiusly known as UNITAR). Kiranya sekarang nie aku menghitung hari ....untuk mencapai tempoh matang 2 bulan.

HR dah telefon aku, thanks Kak Mai...sungguh prihatin dengan keadaan sekeliling. Lepas lunch...mengadap bos pulak. Tak banyak yg perlu di perkatakan..bos pun dah sedia maklum dengan sebab musabab surat aku itu. Alhamdulillah.... aku bersyukur sebab HR and HOD aku tak membuatkan aku rasa nak tarik balik surat tu..(which i will not).
Kalau aku singkap kronologi aku kat sini sangat la berjela-jela....ringkasnya:

1 Sept 1998 - 1st day
1 Dec 1998 - dah kompom kerja
23 April 2007 - Seconded to PCEO
15 October - back to library..(fuhhhh lega...)
30 Sept 2008 - Cuti tanpa gaji setahun
1st Oct 2009 - back to work
21 April 2010 - tender...
????? - last day...

Nie berhenti kerja...nak kerja kat mana pulak...???? tunggu n3 akan datang...

Tuesday, April 13, 2010

Mengapa dia begitu???

BINGUNG, STRESS AND FINALLY MIGRAINE......

Dalam aku mmenghadapi dilema "yang mana satu" yg sedang sarat dalam benak ini. Datang pulak unnecessary stress. Dialog yg mengundang stress:

Wanita W (bukan nama sebenar).

Wanita w : Dilla, u already in. We are now arranging the TT.
Aku : Alhamdulillah, kalau betul.
Wanita W : betulllll....
Wanita W : tapi i nak u jangan rapat sangat dengan si N (jugak bukan nama sebenar) dia bagi bad remarks tentang u pada S.
Aku : !!!! terdiam putus kata-kata..akibat statement wanita W tadi.

Kejadian ini berlaku awal minggu ni..dah 3 hari aku berfikir apakah tujuan sebenar wanita W tu cakap macam tu kat aku..apa notif sebenar dia.....?

Stress aku memikirkan semua itu, akhirnya aku simpulkan 5 kemungkinan berikut :
a) Wanita W ada masalah dengan N (cuba nak seret aku dlm masalah dia).
b) N kawan aku ..susah aku nak percaya semua itu...(kalau ya sekali pun N buat macam tu..aku tak kisah itu pendapat peribadi dia terhadap aku).
c) Wanita W nie memang tak dak kerja..suka melaga-lagakan orang.
d) Wanita W nie sedang cari kroni sendiri...(aku yg belum tentu dapat dah kena lobi)
e) Wanita W nie la yang aku tak boleh rapat..sangat BAHAYA.

Kepada N kawan aku tu.....aku tak salah kan hang kalau sekali pun hang cakap macam tu..(mcm apa wanita W citer kat aku)...sebab aku tahu hang sahabat yg baik..takkan hang nak mengaibkan aku depan orang. Insyallah. Sekiranya semua itu fitnah..insyallah Allah akan tunjukkan kebenaranya.

Kepada wanita W, "saya tak perlukan guide yg sebegini..sekiranya ikhlas nak tolong guide bagi la guide2 lain yg lebih berguna, tak perlu buat begini". Sedar atau tidak..reputasi dan rasa hormat saya terhadap anda semakin luntur dengan kenyataan awak itu.

Kepada AKU, Ini semua proses mendewasakan diri dan belajar bersabar, belajar menilai orang, berhati2 dlm setiap tingkah laku dan banyak2 berdoa agar sentiasa dilindungiNYA selalu.

Kepada semua.....(termasuk kengkawan yg baca n3 nie). Marilah kita kurangkan jumlah wanita yg bakal ke neraka kerana "MENGUPAT". Semoga kita belajar pelihara mulut dari menjaja keburukan orang lain. AMIN.