Thursday, June 30, 2011

Menanti penuh debaran...6

14.6.2011
Dr. Azmi jumpa aku dah kata dah boleh balik umah..lega tak terkata..lagipun lebih selesa dok kat umah. Petang tu jam 4.30 aku dah "check-out" dari wad 5A tu... balik rumah releks kejap pas tu MIL pun samapi dari penang..lega rasa bila MIL sudi tolong aku untuk berberapa hari nie. Actually aku dah ready nak berpantang sendiri..memandangkan MIL ada banyak komitmen lain kat penang tu.

Bermula lah episod berpantang yg bermula dengan mandi daun-daun yg direbus oleh MIL aku dan bertungku...cuma aku belum berbengkung dan jamu lagi...bengkung kena tunggu lepas mengurut 3 hari berturut-turut. Jamu lepas 3 minggu.

Jaundice...
Nurse datang rumah selepas 7 hari bersalin....tup-tup suruh aku bawak baby pi hospital Serdang buat blood test....result ok...boleh balik...lusanya datang lagi nurse kat umah..suruh pi Klinik kesihatan Puchong buat blood test lagi...ok..boleh balik..tapi ada appoinment lepas 15 hari. Pi pulak klinik kesihatan puchong...terus kena refer to Putrajaya...ambik urine dan darah lagi....pening aku ulang-alik hospital..tapi aku tak puas hati sikit dng "gomen hospital" ini...nak jumpa Dr. pun tak boleh..appoinment 1 bulan dari sekarang...apa kes...????

Balik dari tu..hubby aku macam tak happy yer dengan hospital tadi...so...apalagi..Dr. Syed kat KJMC lah jugak kami mengadap..borak-borak minta pendapat dia....so another blood test..Result still kuning..tapi nothing to worried sebab exclusive breastfeeding...lega sikit rasa...so hubby tanya about home phototeraphy...Dr. syed kata dia akan uruskan untuk sewa lampu tu. Next appoinment jumaat 1.7.2011. Harap-harap kuning dah turun dah...sebab phototeraphy kat umah aku buat sendiri..kesian tengok Aisyah melalak bawah lampu tu....tak cukup 17 jam sehari.

Last weekend kami balik penang sebab nak cukur rambut Aisyah..kat sini tak jumpa org nak buat....ada ka patut bidan yg mengurut aku kata bawak ja pi kedai india potong rambut atau buat sendiri..kadang-kadang aku pelik dng manusia nie...bercukur rambut sampai botak kan amalan yg Nabi Muhamad buat kepada cucu dia...sebab tu lah aku still nak buat..ada banyak significant amalan tu yg aku baca...apa hal..india kedai gunting tu nak berdoa dan selawat masa cukup rambut anak aku nanti...So..aku still cari mak bidan yg buat untuk hakim dan adam dulu jugak...aku respect kat Mak Lang Timah nie...expert walaupun dah berumur sikit. Lega tengok Aisyah dah botak....hari nie dah 7 hari rambut dia dah naik sikit dah...cepat tumbuh ya rambut nanti nak raya.....he..he..he.

Nanti sambung citer pasai Mak Bidan yg tak bertauliah mengurut aku...suspen dan mengilukan.

No comments: