Thursday, April 22, 2010

Selepas 12 tahun..

Minggu penentuan untuk aku....sememangnya minggu ini aku telah membuat sesuatu yg pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun (dalam sejarah kerjaya aku) mengarang surat berhenti kerja org putih kata resignation letter.
Jenuh jugak memikirkan ayat yg sesuai untuk menyatakan hasrat tersebut. Selepas lebih 48 jam akhirnya, kemarin (21 April 2010) telah tercatat satu titik henti aku bersama Unirazak (prevoiusly known as UNITAR). Kiranya sekarang nie aku menghitung hari ....untuk mencapai tempoh matang 2 bulan.

HR dah telefon aku, thanks Kak Mai...sungguh prihatin dengan keadaan sekeliling. Lepas lunch...mengadap bos pulak. Tak banyak yg perlu di perkatakan..bos pun dah sedia maklum dengan sebab musabab surat aku itu. Alhamdulillah.... aku bersyukur sebab HR and HOD aku tak membuatkan aku rasa nak tarik balik surat tu..(which i will not).
Kalau aku singkap kronologi aku kat sini sangat la berjela-jela....ringkasnya:

1 Sept 1998 - 1st day
1 Dec 1998 - dah kompom kerja
23 April 2007 - Seconded to PCEO
15 October - back to library..(fuhhhh lega...)
30 Sept 2008 - Cuti tanpa gaji setahun
1st Oct 2009 - back to work
21 April 2010 - tender...
????? - last day...

Nie berhenti kerja...nak kerja kat mana pulak...???? tunggu n3 akan datang...

Tuesday, April 13, 2010

Mengapa dia begitu???

BINGUNG, STRESS AND FINALLY MIGRAINE......

Dalam aku mmenghadapi dilema "yang mana satu" yg sedang sarat dalam benak ini. Datang pulak unnecessary stress. Dialog yg mengundang stress:

Wanita W (bukan nama sebenar).

Wanita w : Dilla, u already in. We are now arranging the TT.
Aku : Alhamdulillah, kalau betul.
Wanita W : betulllll....
Wanita W : tapi i nak u jangan rapat sangat dengan si N (jugak bukan nama sebenar) dia bagi bad remarks tentang u pada S.
Aku : !!!! terdiam putus kata-kata..akibat statement wanita W tadi.

Kejadian ini berlaku awal minggu ni..dah 3 hari aku berfikir apakah tujuan sebenar wanita W tu cakap macam tu kat aku..apa notif sebenar dia.....?

Stress aku memikirkan semua itu, akhirnya aku simpulkan 5 kemungkinan berikut :
a) Wanita W ada masalah dengan N (cuba nak seret aku dlm masalah dia).
b) N kawan aku ..susah aku nak percaya semua itu...(kalau ya sekali pun N buat macam tu..aku tak kisah itu pendapat peribadi dia terhadap aku).
c) Wanita W nie memang tak dak kerja..suka melaga-lagakan orang.
d) Wanita W nie sedang cari kroni sendiri...(aku yg belum tentu dapat dah kena lobi)
e) Wanita W nie la yang aku tak boleh rapat..sangat BAHAYA.

Kepada N kawan aku tu.....aku tak salah kan hang kalau sekali pun hang cakap macam tu..(mcm apa wanita W citer kat aku)...sebab aku tahu hang sahabat yg baik..takkan hang nak mengaibkan aku depan orang. Insyallah. Sekiranya semua itu fitnah..insyallah Allah akan tunjukkan kebenaranya.

Kepada wanita W, "saya tak perlukan guide yg sebegini..sekiranya ikhlas nak tolong guide bagi la guide2 lain yg lebih berguna, tak perlu buat begini". Sedar atau tidak..reputasi dan rasa hormat saya terhadap anda semakin luntur dengan kenyataan awak itu.

Kepada AKU, Ini semua proses mendewasakan diri dan belajar bersabar, belajar menilai orang, berhati2 dlm setiap tingkah laku dan banyak2 berdoa agar sentiasa dilindungiNYA selalu.

Kepada semua.....(termasuk kengkawan yg baca n3 nie). Marilah kita kurangkan jumlah wanita yg bakal ke neraka kerana "MENGUPAT". Semoga kita belajar pelihara mulut dari menjaja keburukan orang lain. AMIN.

Thursday, April 8, 2010

My latest creation..

Hari nie penat rasanya dok upload gambar untuk my biz blog tu..some items for sale (decoupage, candles and faux cupcakes)...kalau ada yg berminat nak tempah untuk deco raya..silakan jangan segan2.

Among all , i really luv this notes holder..(sendiri buat sendiri puji la....) who cares right....!!!






Nie my pen holder dan family photo frame with Lavender...

Dia pun nak pi sekolah jugak


Sekadar menceriakan hari & hati... my Adam.

Wednesday, April 7, 2010

Satu kelegaan

Perasaan Aku...
Dengan berakhirnya episod kemarin petang....rasa lega yg teramat. Sekarang semuanya terserah pada Yang Berkuasa menentukan di manakah rezeki aku.

Anak-anak Aku...
Generasi Hebat....

Drama Akmal Hakim pagi nie....
Mummy : Bangun sayang ..mandi..nak pi sekolah.
Hakim: Kejap la..
Mummy : Cepat la..nanti Ustazah tunggu..
Hakim : ok la..
Hakim terus bangun....siap jalan tunduk depan Adam yg tengah zzzz.....
terus ke bilik air, buka baju & seluar sendiri, mandi sendiri....
Hakim : Cepat la mummy ..mana berus gigi hakim... ?
Mummy : Awat kalut sgt pulak nie..
Hakim : Mummy nie... orang nak jadi Generasi Hebat" la..kena buat semua benda pantas ...mummy faham tak..????
Mummy : Ya la..mummy bukan generasi hebat....

Salah satu slot dlm drama pagi Akmal Hakim.


Small Buniness Aku...
Alhamdulillah..selepas cuba venture market Jelapang, Ipoh.
Feedback amat membrangsangkan...6 lagi tempahan wall plug & 8 tempahan lilin.
"Ya Allah ...kau murahkan lah rezeki hamba mu ini". Amin.


Dilla@Mummy@Awak
tengah sakit kepala nie...

Monday, March 22, 2010

Angkara 1 UNIRAZAK

Dah lama tak post n3 jadi macam malas nak menaip. Dah seminggu lebih aku tak masuk opis..holidays la katakan...Tup2 bila masuk masalah pulak mendatang...segalanya bermula bila tukar e-mail baru from UNITAR to UNIRAZAK dah la aku nie buta sikit benda2 nie dicampur pulak dengan kemalasan yg sedia tertapuk..boleh pulak aku salah impot/export email lama aku dulu...masyallah..penin kepala..nanti la aku settlekan kemudian.

Dah 2 minggu lepas my last n3. What happen then:

The whole school holidays aku cuti lepak ngan anak2...rasanya ibu2 zaman skrg memang kurang luangkan masa dengan anak2..bila aku duduk ngan Hakim dan Adam baru aku sedar sebenarnya daripada 24 jam yg allah bagi cuma 4-5 jam saja dengan anak2.

Hakim
Dah boleh buat benda sendiri...pi holidays pun dah tak payah tarik tangan aku lagi..ciri2 kepimpinan pun aku dah perasan bila minta dia tolong Adam kat bilik air, ambik baju sendiri dan baju untuk Adam. Dah boleh tentukan nak pakai baju apa yg sesuai. Bab pelajaran Hakim memang agak jauh kebelakang..insyallah aku pasti dia mampu catch-up budak2 sebaya dia.

Adam
Fav. words..."adam nak mummy"..bagai kata2 hikmat yg membuatkan aku hangin satu badan. Sampai tak leh nak kemana2 langsung..boleh bayangkan memasak sebelah tangan...satu lagi tangan kena dokong dia. Manja memang tahap gaban dah Adam tu. Aku faham all these days dia kat Umi ton ...bila dok ngan aku mesti dia tak kasi chan punya. Adam cerewet..(ikut aku la tu)...kalau nak tido pun nak pakai baju lawa2..baju gi jalan...ada ka patut kul 9.00 mlm pakai jeans dan long-sleeve.

Aku sendiri....
Basically..ada sedikit kemajuan dalam diri...waiting for 2nd interview at one of the nursing Univ. College. Hope aku boleh dapat..AMIN. Rasanya kaki ini sudah tidak lagi mampu untuk melangkah ke tingkat 2-3 block A tu. Hanya Allah yg mengetahui hati aku. Tapi itu rezeki yg telah tertulis untuk aku. PASRAH. Markah perperiksaan hakim menunjukkan yg dia sangat perlukan perhatian aku..insyallah aku akan cuba. Cuma kadang2 kesabaran aku sampai ke hujung rambut bila dia asyik dok "re'yau"..letih la. Bila la gaji nak masuk nie..???.

My Hubby
If you come across this n3, bersabar la ..jangan letakan semua kesalahkan dibahu kecil itu, kita juga perlu berkongsi markah BI itu. Insyallah we will make things better for him ...cuma sedikit kesabaran awak yg sangat2 penting.

VMC
semakin ramai pak hitam berkeliaran diblock aku nie..rimas..kadang2 rasa macam kat Nigeria dan New Orlands....


Ok time to start work...Dilla oi..department meeting report dah siap ka..ni dah kul 3.00 dah......

The End.

Sunday, March 7, 2010

Selangkah mengejar kepuasan..berbaloikah...?

Hypocracy...

BERBALOIKAH ...????Itu lah bersoalan yg bermain di minda aku....
Mampukan aku yg cukup taksub dengan "be your self" selama ini....
Manpukah berdepan dengan kepura-puraan manusia, sedangkan itulah yg paling aku PANTANG.
Mengapa mereka tidak boleh menerima kenyataan tentang PERUBAHAN..
Kini aku temui jawapan......akan kegagalan lalu...
Kerana menyatakan yg benar...pendapat peribadi ....
DINAFIKAN.
Mengapa MELAYU mesti begitu...bilakah anak melayu akan terbuka mindanya..bila mereka yg membimbing masih tertutup.

Bukan mengkritik...andaikata benar atau palsu itu semua....

"YA ALLAH AKU MOHOM PADA MU, BERIKAN PETUNJUK KEPADA KUSEMOGA AKU MENDAPAT KEBERKATAN REZEKI YANG ENGKAU TENTUKAN, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KU" . AMINYARABIL A'LAMIN.