Wednesday, October 14, 2009

Setahun bercuti

Cepat sungguh masa berlalu......

September 2008 hingga 2009. Alhamdulillah akhirnya misi sebagai full time house telah berjaya di laksanakan. Berbagai kenangan aku kutip di bumi "penjajah putih" itu. Baru aku fahami definasi sabar, berkorban,sahabat dan cari makan. Baru sedar kekerdilan diri di muka bumi Allah ini. Ternyata kuasa Allah terlalu besar, ciptaanya sungguh indah. Sebelum ini tak pernah menyaksikan empat musim, bermula dengan musim luruh..habis botak semua pokok....lepas tu salji...putih diselimut ais kemudian musim bunga..pokok yg botak kembali berbunga tanpa daun..dah tiba musim panas menyaksikan mentari bersinar untuk memberikan segala isi alam kehangatan selepas hampir 2/3 tahun tanpa haba. Kitaran itu bermula sekali lagi apabila menjelang September.

Aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku peluang untuk merasai keajaiban ciptaanNYA.

No comments: